Selasa, 24 April 2012

Tempat-tempat menarik di Kedah

Balai Besar, Alor Setar
Kedah Big Hall



Fungsi asal Balai Besar adalah sebagai Balai Rongseri atau Balai Penghadapan. Ia merupakan sebahagian daripada kompleks Istana Kota Setar yang terletak di belakang bangunan ini. Pembinaannya dimulakan pada tahun 1735 oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muazzam Shah, Sultan Kedah ke-19 (1710 - 1778). Bahan binaan untuk tiang, atap dan lantainya diperbuat daripada kayu.

Balai Besar dibina dengan gabungan keindahan senibina dan mempamerkan kehalusan dan kesenian pertukangan kayu Melayu yang mengkagumkan. Kayu Cengal Emas digunakan sebagai bahan utama dalam pembinaan. Bangunan Balai Besar juga dihiasi dengan ukiran berwarna keemasan dan cermin dari Cina pada bumbungnya. Terdapat 42 tiang utama yang masih kukuh sehingga hari ini.

Bangunan ini pernah mengalami kerosakan akibat serangan Armada Bugis (1770) dan Siam (1821). Semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid Shah, Sultan kedah ke-26 (1882 - 1943), bangunan ini telah dibaikpulih (1896) oleh Jabatan Kerja Raya Negeri yang diketuai oleh seorang arkitek, Muhammad bin Lebai Tambi sebagai persediaan untuk melagsungkan perkahwinan putera-puteri baginda lima bersaudara (1904).

Selain majlis perkahwinan, Balai Besar ini juga digunakan untuk melangsungkan majlis pertabalan, majlis-majlis rasmi dan persidangan Majlis Negeri (state Council) sejak 1905 hingga 1973. Pada 1805, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II, Sultan Kedah ke-22 (1804 - 1845) telah ditabalkan secara rasmi di Balai Besar ini dan diikuti oleh KDYMM Tuanku Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 20 Februari 1959. 


Balai Nobat, Alor Setar
Kedah Instrumental Hall



Balai Nobat Negeri Kedah atau Pentas Di Raja dibina pada tahun 1907 semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Pada hari ini, Balai Nobat Negeri Kedah dijadikan tempat untuk menyimpan alat-alat muzik Nobat DiRaja yang hanya dimainkan pada upacara-upacara DiRaja seperti upacara pertabalan, perkahwinan dan persemadian Di Raja.

Alat muzik Nobat terdiri dari tiga rebana besar, dua rebana kecil, satu gong dan satu serunai ini mampu menghasilkan satu gabungan bunyi yang mengasyikkan yang dikenali sebagai muzik nobat, satu bentuk lagu kebudayaan negeri Kedah.  


 Bukit Kayu Hitam, Kedah
Kedah-Thailand Border



Bukit Kayu Hitam merupakan bandar sempadan utama di Sempadan Malaysia-Thailand. Bukit Kayu Hitam merupakan penghujung Lebuhraya Utara-Selatan, jalan raya terpanjang di Malaysia yang bermula dari Johor Bahru, Johor di selatan hingga ke sempadan Bukit Kayu Hitam.

Sejarah Bukit Kayu Hitam bermula dari zaman kemaraan tentera Siam menyerang Kedah pada tahun 1824. Menurut cerita masyarakat tempatan, nama Bukit Kayu Hitam ini asalnya diberikan oleh tentera Siam semasa berehat di sebuah bukit. Mengikut cerita, dalam perjalanan untuk menyerang Kedah, tentera Siam telah singgah di sebuah bukit dan berkampung di situ sementara meneruskan perjalanan ke Kedah. Mereka telah memasak nasi disitu dan menggunakan sebatang kayu sebagai senduk. Tanpa disedari, setelah nasi tadi masak, ia berubah menjadi kehitaman, maka tentera Siam tadi kehairanan dan mereka cuba mencari sebab kenapa nasi boleh menjadi hitam. Maka, mereka dapati ia berpunca dari kayu yang digunakan sebagai senduk tadi. Mereka menyiasat dari mana asalnya kayu tersebut dan apabila ditemui tempat kayu itu diambil mereka dapati sekitar pokok tersebut bewarna kehitaman. Pokok tersebut adalah Pokok Komoi. Maka dari situlah wujudnya Bukit Kayu Hitam di mana dalam bahasa Siam disebut Kuan Mhai Dam.

Setelah Siam kalah, orang-orang Melayu mula mendirikan perkampungan di sekitar Bukit Kayu Hitam dengan kegiatan utamanya pertanian disamping peranannya sebagai pintu masuk ke Siam untuk menjual hasil pertanian mereka. Akhirnya ia semakin berkembang yang kemudian berubah menjadi sebuah pekan kecil dimana penduduknya semakin bertambah. Dengan ini kegiatan perdagangan antara Kedah dan Siam semakin rancak disini.

Namun begitu, Bukit Kayu Hitam terpaksa ditutup sepenuhnya pada tahun 1948 berikutan keadaan Darurat 1948 dimana meningkatnya kegiatan Komunis pada masa ini. Semua penduduk, polis dan kastam diarahkan berpindah ke Changloon dan tidak dibenarkan tinggal di Bukit Kayu Hitam. Ini menyebabkan Bukit Kayu Hitam kembali menjadi hutan dan dipenuhi semak.

Pada tahun 1972, Bukit Kayu Hitam dibuka semula oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah dengan membuka sebuah ladang getah di Bukit Kayu Hitam iaitu Ladang Rakyat Laka Temin. Pada masa ini juga nama Bukit Kayu Hitam telah hilang dan diganti dengan panggilan Laka Temin. Setelah pembukaan ladang ini, penduduk Laka Temin semakin bertambah. Pada tahun 1981, nama Laka Temin ditukar kembali kepada Bukit Kayu Hitam dan dengan persetujuan pihak Perancang Bandar, Bukit Kayu Hitam dikenali sebagai Bandar Bukit Kayu Hitam hingga kini. 


Balai Seni Negeri Kedah, Alor setar
Kedah Art Gallery



Balai Seni negeri Kedah terletak di tengah-tengah Medan Budaya. Senibina bangunan Balai Seni negeri Kedah ini banyak dipengaruhi oleh senibina Roman sama dengan bangunan yang terdapat di "Temple of Fortune Rivals".

Balai Seni negeri Kedah dibina pada tahun 1912 dan telah digunakan sebagai Mahkamah Tinggi sebelum ditukar menjadi pejabat kepada beberapa jabatan kerajaan negeri. Pada 25 Julai 1983, bangunan ini telah diisytiharkan sebagai Balai Seni Negeri Kedah Darul Aman oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Haji Abdul Halim Mu抋dzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Kini, Balai Seni negeri Kedah merupakan nadi kepada semua aktiviti-aktiviti kebudayaan dan seni dalam Negeri dan ia diurus oleh Lembaga Muzium Negeri.  


Rimba Rekreasi Batu Hampar
Batu Hampar Waterfall



Air Terjun Batu Hampar atau nama rasminya Taman Rekreasi Batu Hampar, Air Puteh, Serdang, Kedah. Ia diselenggarakan oleh Majlis Daerah Bandar Baharu





 


 Galeri Sultan Abdul Halim, Alor Setar
Sultan Abdul Halim Gallery



Galeri Sultan Abdul Halim terletak di kawasan Medan Bandaraya (aka Kota Paris) bertentangan dengan Masjid Zahir, bersebelahan Wisma Negeri dan berhampiran Balai Seni, Balai Besar dan Balai Nobat.

Asalnya galeri ini merupakan Mahkamah Tinggi Alor Setar. Namun ia diubahsuai pada tahun 2007 untuk dijadikan sebuah galeri. Pengunjung akan dapat mengenali lebih mendalam lagi tentang keperibadian Sultan Abdul Halim, hobi dan Kesultanan Kedah di galeri ini 


Gunung Jerai, Yan
Jerai Mountain, Kedah Malaysia



Dikenali sebagai Puncak Negeri Kedah, Gunung Jerai merupakan lokasi pelancongan yang harus dikunjungi ketika bercuti bersama keluarga.Keindahan alam semula jadi dilengkapi pelbagai kemudahan awam, menjanjikan kenangan yang istimewa untuk para pengunjung. Antaranya prasarana yang tersedia adalah masjid, tempat letak kenderaan yang selamat, tandas awam, gerai makanan, gerai cenderamata dan gerai batu.



Pengunjung juga boleh mendapat maklumat tentang Gunung Jerai di Pusat Maklumat, bersebelahan dengan Masjid Jerai. Di belakang Pusat Maklumat itu, terdapat sebuah tabika kemas untuk kanak-kanak yang tinggal di kawasan berdekatan. Taman Permainan untuk kanak-kanak juga tersedia dalam kawasan gerai makanan, di kaki Gunung Jerai. Bersebelahan Taman Permainan pula, terdapat Pusat Jualan Florikultur Gunung Jerai. Manakala lokasi Gelanggang Futsal pula adalah di sebelah kanan selepas melawati Pusat Jualan Florikultur.

Dalam perjalanan ke puncak Gunung Jerai, pengunjung boleh menikmati keindahan persekitaran hutan semula jadi dan pemandangan saujana mata memandang Negeri Kedah. Monyet-monyet didapati berkeliaran di atas jalan semasa dalam perjalanan dan pengunjung dinasihatkan agar tidak memberi makanan untuk mengelakkan mereka bertindak agresif. Van Pengangkut disediakan untuk para pengunjung naik ke Puncak Gunung Jerai. Perjalanan ke puncak akan mengambil masa 20-25 minit dengan jarak perjalanan lebih 13 km. Dalam perjalanan, pengunjung boleh singgah di Muzium Perhutanan Sungai Teloi dan kawasan air terjun.

Selain menaiki Van Pengangkut yang disediakan, pengunjung juga boleh ke puncak Gunung Jerai dengan kenderaan sendiri. Tetapi perlu diingatkan, jalan mendaki di sini agak merbahaya. Tidak sama seperti jalan biasa. Kedudukannya yang curam dan sempit, menyukarkan pemandu untuk mengawal kenderaan dengan baik.

Terdapat beberapa kenderaan yang rosak dan terbabas ke dalam curam. Kos untuk membawa keluar kenderaan tersebut mencecah ribuan ringgit dan terpaksa ditanggung oleh pengunjung sendiri kerana Pihak Pengurusan telah memberi amaran, tidak bertanggungjawab bagi pengunjung yang menggunakan kenderaan sendiri untuk menaiki Puncak Gunung Jerai. Van Pengangkut yang disediakan dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang bersesuaian untuk perjalanan ke Puncak Gunung Jerai. Bayaran yang dikenakan pula hanya RM10 untuk seorang penumpang.

Terdapat pusat penginapan di puncak Gunung Jerai bagi para pengunjung yang ingin menginap di situ iaitu The Regency Jerai Hill Resort. Pengunjung boleh menghirup udara yang nyaman dan dingin di sini sambil merehatkan minda lantas berupaya melupakan kesibukan kerja dan menghilangkan stress. Pemandangan sawah padi terbentang luas dilihat menghijau pada siang hari manakala lampu-lampu kenderaan, lampu-lampu hiasan dan bangunan-bangunan di Bandaraya Alor Setar pula menghiasi pemandangan pada waktu malam.

Pihak Pengurusan Gunung Jerai juga menawarkan aktiviti merentasi hutan bagi pencinta alam semulajadi. Terdapat pelbagai spesies tumbuhan tropika di kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Pokok-pokok hujan tropika dan landskap bunga-bungaan yang hidup subur mewarnai panorama hutan Gunung Jerai. Menariknya, bunga-bungaan di sini mengembang dengan saiz lebih besar daripada spesis sama yang tumbuh di tempat lain.

Gunung Jerai Resort pula terletak di tingkat tertinggi Gunung Jerai. Dengan berjalan kaki beberapa meter ke bawah, pengunjung boleh melawat Tapak Warisan, Makam Syeikh Abdullah Yamani, Telaga Tuk Syeikh dan Muzium Perhutanan. 


 Air Terjun Junjung, Kulim
Junjung Waterfall, Kulim Kedah



Berada di kawasan Junjung dan jaraknya dari Bandar Kulim adalah 14 kilometer. Semenjak tahun 1980-an lagi destinasi ini telah menjadi tarikan pelancong dengan produk utamanya adalah air terjun dan persekitaran ekosistem hutan, kebun getah serta dusun buah-buahan.



Pada musim buah-buahan khususnya musim durian, pengunjung boleh membeli buah berkenaan secara lansung dari pekebun. Program / aktiviti utama yang boleh di lakukan di sini adalah berkelah, mandi-manda, berenang dan perkhemahan.

 


Kota Kuala Kedah - Tempat Bersejarah
Kuala Kedah Fortress - Historical Places



Kota Kuala Kedah atau Kota Kuala Bahang terletak di tebing utara muara sungai Kedah. Ianya dibina sebagai benteng pertahanan bagi negeri Kedah selain dari ibu negerinya di Alor Setar. Sejarah Ringkas Kota yang dibina dalam tahun 1771 semasa zaman pemerintahan sultan Muhammad Jiwa ini siap pembinaanya dalam tahun 1780. Reka bentuk kota ini telah dilukis oleh Hafiz Sab yang ketika itu menjawat jawatan Dato' Maharaja Kadhi. Manakala tukang-tukang mahirnya dibawa darpada India.

Sebuah pintu gerbang telah dibina di bahagian tembok timur menghadap ke Alor Melaka dikenali dengan nama "Pintu Gerbang Kadapuri". Kota ini juga pernah diserang oleh Bugis, Acheh dan Siam. Dalam tahun 1909 apabila Kedah dengan rasminya diletak di bawah penguasaan British beberapa buah pejabat kerajaan telah dibina di dalam kawasan kota ini, termasuklah rumah api. Sebuah pintu gerbang baru telah dibina yng wujud hingga ke hari ini.

Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu Kota ini dijadikan markas tenteranya sehinggalah kekalahan mereka kepada British dalam tahun 1945. Pada 31 Ogos 1978 kota ini telah diwartakan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) sebagai "Tapak Tanah Bersejarah" mengikut peruntukan "Akta Benda Purba 1976" di bawah akta 165. Dalam bulan November 2000 Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) telah melaksanakan kerja-kerja konservasi tembok timur dan selatan, termasuk membina semula pintu Gerbang Kacapuri yang telah runtuh dalam tahun 1970.



Muzium Kota Kuala Kedah - Lokasi Bersejarah

Kuala Kedah Fortress Museum - Historical Places



Muzium Kota Kuala kedah terletak kira kira 1 km dari pekan kuala kedah. Muzium ini mempamerkan pelbagai barangan peninggalan sejarah Kota Kuala Kedah.

 



Air Terjun Lata Mengkuang, Sik
Lata Mengkuang Waterfall, Sik Kedah



Terletak dalam Hutan Simpan Rimba Teloi kawasan 72 dengan kedudukan 12 kilometer dari Pekan Sik atau 95 kilometer dari Bandaraya Alor Star. Dihubungi oleh jalan raya ke Kampung Weng yang berdekatan Sempadan Negara Malaysia-Thailand
daerah sik negeri kedah darul aman, kedahlanie, kedah lanie, kedah online
Hutan Lipur Lata Mengkuang terdiri daripada Hutan Dipterokarp Pamah yang terletak sekitar 200 meter dari paras laut. Di sini terdapat pelbagai flora dan fauna seperti pokok Meranti Melantai, Meranti langgong, Meranti tembaga serta Palma. Terdapat sebatang sungai yang bernama Sungai Chepir yang mengalir di hutan lipur ini yang mempunyai aliran air yang jernih serta pemandangan batu-batan yang menarik sesuai untuk tempat perkelahan dan mandi-manda.
daerah sik negeri kedah darul aman, kedahlanie, kedah lanie, kedah online
Terdapat denai hutan dari jalan balak lama sepanjang 5 km yang menghubungkan hutan ini dengan Hutan Lipur Lata Lembu. Kemudahan asas disediakan seperti untuk mandi, berkelah, berkhemah dan trekking. Di sini pengunjung boleh menjalankan aktiviti bersiar-siar, mendaki gunung dan melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan hutan lipur ini. 


Candi Lembah Bujang, Merbok
Lembah Bujang Archaeological Park, Merbok Kedah



Tamadun di selatan Kedah atau di Lembah Bujang di kawasan yang dikenali sebagai Sungai Batu, cari gali telah mendedahkan sisa jeti, tapak peleburan besi dan binaan batu-bata yang bertarikh 110SM, menjadikannya binaan manusia tertua yang pernah direkodkan di Asia Tenggara. Binaan Chandi menunjukkan sejak awal abad Masihi hingga 20 Masihi, Lembah Bujang mempunyai perhubungan yang sangat intim dengan aktiviti perdagangan maritim di antara beberapa negara di Asia, China, Asia Barat dan India.
daerah sik negeri kedah darul aman, kedahlanie, kedah lanie, kedah online
Perkembangan pelabuhan entrepotnya sering dikaitkan dengan kerajaan Thalassocracy Srivijaya. Penemuan tapak tanah bersejarah dengan beratus ribu pecahan seramik, kaca dan manik sama ada dari China, Asia Barat, India atau tempatan, runtuhan candi pengabdian terhadap Buddha atau Hindu, struktur bandar atau pelabuhan yang tenggelam, artifak budaya seperti patung-patung atau arca, batu bersurat dan peralatan yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat telah menobatkan gugusan ini sebagai tempat terasasnya negara pesisiran Kedah purba.
daerah sik negeri kedah darul aman, kedahlanie, kedah lanie, kedah online
Sungai Mas dan koridor Sungai Muda merupakan tapak tanah sejarah yang merentasi zaman prasejarah kebudayaan Hoabinhian, protosejarah dan sejarah. Walaupun penyelidikannya telah menjangkau seratus lima puluh tahun, tetapi usaha membongkar, menyingkap dan merekonstruksi sejarah, peranan dan perkembangannya masih menjadi perdebatan dan belum menemui titik pertemuan.
daerah sik negeri kedah darul aman, kedahlanie, kedah lanie, kedah online
Status dan potensinya yang diperakui oleh peserta projek Intra-ASEAN : Ekskavasi Arkeologi dan Konservasi Lembah Bujang, Kedah 1985, serta diperakui di dalam Malaysian Book of Records kerana memiliki berpuluh ribu manik purba dan salah satu lokasi pembuat manik di kawasan Indo-Pasifik menjadikan ia tapak yang komprehensif. Pelabuhan yang sangat diperlukan dan memiliki laluan transpeninsular yang menghubungkan Kedah Purba - Langkasuka (Patani) meletakkan ia sebagai bandar pelabuhan yang terbilang. 


Taman Lye Huat, Jitra
Lye Huat Garden, Jitra Kedah



Taman Rekreasi Lye Huat yang terletak di Kubang Pasu, Kedah telah dibangunkan oleh Dato' Lim Lye Huat pada tahun 2002. Semasa taman rekreasi ini baru dibangunkan pada awal tahun 1994, ia dinamakan sebagai Lye Huat Stone Art Gallery. Pada mulanya, taman rekreasi ini dibangunkan atas dasar minat peribadi pemiliknya Dato' Lye Huat sahaja. Namun atas saranan rakan-rakan, beliau telah membukanya untuk kunjungan orang ramai. Kini orang ramai boleh menikmati keindahan taman rekreasi ini dengan bayaran masuk RM8.00 sahaja. Orang ramai yang berkunjung ke sini boleh menikmati keindahan lanskapnya yang unik serta menyaksikan Pameran Karya Seni, Jendela Air Tawar serta Zoo Mini  


 Masjid Zahir, Alor Setar
Zahir Mosque, Kedah Malaysia



Salah satu masjid tertua dan tercantik di Malaysia, Masjid Zahir menawarkan seni pembinaan khas Moorish. Ia mempunyai satu kubah utama dan lima kubah yang lebih kecil yang mewakili 5 Rukun Islam. Masjid Zahir dibina pada tahun 1912 dan dirasmi pada tahun 1915 oleh Sultan Kedah. Rekabentuknya seakan menyerupai sebuah masjid di Langkat, Sumatera Utara. Pengunjung diwajibkan untuk berpakaian sopan ketika melawat Masjid Zahir.

 


Menara Alor Setar, Kedah Darul Aman
Alor Star Tower, Kedah Malaysia



Simbol kebanggaan negara dan mercu tanda terkemuka Bandaraya Alor Setar, Menara Alor Setar menjulang di atas cakerawala bandar pada ketinggian 165.5 meter. Keadaan menara seni komunikasi adalah yang ke 19 tertinggi di dunia dan ke 2 tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur. Dari kejauhan, rekabentuk menara adalah yang menyerupai rumpunan jerami padi yang diikat. Pastikan anda melawat palangan pemerhatin di aras 88 meter dari permukaan tanah untuk menikmati panorama sekitar Bandaraya Alor Setar, dari Gunung Jerai ke Selat Melaka. Jangan lepaskan peluang menikmati hidangan ekslusif dikelilingi awan di Restoran Berputar Seri Angkasa pada ketinggian 94 meter.

  


 Muzium Negeri Kedah, Alor Setar
Kedah State Museum



Terletak di Lebuhraya Darul Aman, Bandaraya Alor Setar, Muzium Negeri Kedah adalah tempat yang sesuai untuk mendapatkan gambaran tentang sejarah Negeri Kedah. Ia memaparkan pelbagai maklumat dan artifak, dari peradaban kuno di Lembah Bujang, proses pembangunan Kedah menjadi pusat industri dan peristiwa-peristiwa penting hingga ke hari ini. Jangan lepaskan peluang untuk melihat Bunga Emas yang dihantar sebagai ufti tahunan kepada Raja Siam. Selain itu, hayati sejarah pembinaan Terusan Wan Muhammad Saman, iaitu sistem pengairan perintis yang menjadi pemangkin kepada pembangunan Negeri Kedah sebagai lombong padi Malaysia. Paparan yang lain adalah flora dan fauna, modal awal pengangkutan serta media yang didedikasikan untuk tokoh-tokoh terkemuka negara yang berasal dari negara ini.

 


 Muzium Padi, Alor Setar
Paddy Museum, Alor Setar Kedah



Terletak di Gunung Keriang, muzium ini menunjukkan perkembangan penanaman padi menggunakan peralatan tradisional sehingga ke peralatan moden. Ini adalah muzium padi pertama di Malaysia, dan yang keempat dibuka di dunia setelah Jepun, Jerman dan Filipina. Bangunan ini mempunyai senibina yang unik dengan gambaran seperti padi yang telah dituai. Motif padi turut digunakan di seluruh bangunan muzium ini, di tangga, pintu masuk muzium dan pagar mengelilingi kawasan ini.
bandaraya alor setar negeri kedah darul aman, kedahlanie, kedah lanie, kedah online
Muzium ini menunjukkan proses penanaman padi di Malaysia, dan pelbagai peralatan yang digunakan sejak bertahun lamanya. Terdapat juga mural padi, yang dihasilkan oleh 60 pelukis dari Korea Utara, menunjukkan sejarah penanaman padi di Malaysia. Muzium Padi ini kini menjadi tarikan utama pelancongan di Kedah, yang turut dikenali sebagai Jelapang Padi Malaysia. Ia mengambarkan sejarah, cara hidup dan keunikan musim penanaman padi di Kedah Darul Aman. Pembinaan Muzium Padi ini sebagai menghormati aktiviti penanaman padi yang menyumbang kepada sejarah dan sosio ekonomi penduduk di Kedah khasnya dan Malaysia amnya. 


Pusat Sains Wilayah Utara, Alor Setar
Kedah Sience Center, Alor Setar Kedah



Lokasinya terletak di Gunung Keriang kira-kira 8 km dari bandar Alor Setar dan bersebelahan dengan Muzium Padi. Pusat sains ini mempamerkan kepada orang ramai berkenaan dengan sains, teknologi dan inovasi terbaru.  


 Pantai Merdeka, Sungai Petani
Merdeka Beach, Sungai Petani Kedah



Pantai Merdeka merupakan pantai percutian yang terletak di tanah besar negeri Kedah. Pantai Merdeka terletak di Daerah Kuala Muda, 60 km ke selatan Alor Setar.
sungai petani negeri kedah darul aman, kedahlanie, kedah lanie, kedah online
Pantai Merdeka terkenal sebagai pantai percutian dan perkelahan bagi penduduk tempatan dan negeri-negeri berdekatan seperti Pulau Pinang dan Perak Utara. Kemudahan-kemudahan yang terdapat di sini termasuklah rumah penginapan calet, rumah rehat, tempat perkhemahan, kolam renang dan tempat-tempat makan.
sungai petani negeri kedah darul aman, kedahlanie, kedah lanie, kedah online
Berhampiran dengan pantai tersebut terdapat perkampungan nelayan seperti Tanjung Dawai, Telok Nipah dan Kampung Pulau Sayak yang juga menjadi tempat tarikan pelancong terutamanya pada hujung minggu. 


 Tasik Pedu, Kuala Nerang
Pedu lake, Padang Terap Kedah



Tasik Pedu atau dulunya dikenali sebagai Kolam Air Pedu merupakan saliran bagi Sungai Pedu yang disalurkan oleh kerajaan untuk menampung bekalan air bersih kepada penduduk negeri Kedah. Air Sungai Pedu mengalir dari Bukit Pakir Terbang (ketinggian 574 m dari aras laut). Sungai Pedu bertemu dengan Sungai Padang Terap. Bukit-bukit di hulu Sungai Pedu merupakan kawasan sempadan negara Thailand.
padang terap negeri kedah darul aman, kedahlanie, kedah lanie, kedah online
Tasik Pedu terletak lebih kurang 90 km dari Alor Setar, Kedah. Ia terletak di dalam daerah Padang Terap. Tasik Pedu menawarkan beberapa aktiviti air bagi menarik perhatian pelancong seperti memancing, jet ski, dan menaiki bot. Di sini juga terdapat beberapa tempat penginapan yang sesuai bagi pencita alam sekitar untuk meneroka ke alam semula jadi, mengelilingi hutan tropika, flora dan fauna. 


 Air Terjun Perangin, Sik
Perangin Waterfall, Sik Kedah



Hutan Lipur Perangin Sik berada dalam Hutan Simpan Bukit Enggang yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Tumbuhan utama yang terdapat disini ialah Meranti melantai, Meranti langgong dan Meranti tembaga.
sik negeri kedah darul aman, kedahlanie, kedah lanie, kedah online
Hutan lipur ini juga dikenali sebagai Rimba Takwa dan ianya merupakan hutan lipur yang terawal ditubuhkan di negeri Kedah. Hutan Lipur ini menyediakan tapak perkhemahan yang boleh memuatkan 1000 peserta. Beberapa kemudahan seperti pondok rehat, padang permainan kanak-kanak, surau dan dewan disediakan untuk pengunjung 


 Air Terjun Puncak Janing, Kuala Nerang
Puncak Janing Waterfall



Air Terjun Puncak Janing berada dalam Daerah Padang Terap dan berada 25 km dari Bandar Alor Star. Ia terlatak tidak jauh dari Pekan Kuala Nerang dan disusuri oleh jalanraya untuk ke destinasi. Dengan tarikan air terjun dari atas bukit, Puncak Janing merupakan tempat yang ideal untuk aktiviti perkelahan.

Sungai Janing sepanjang 1.5 km dihiasi batu-batuan semulajadi yang besar dan cantik telah mencetuskan sebuah panorama yang unik dan menjanjikan suasana yang menyegarkan. 


 Rumah Kelahiran Tun Mahathir
Tun Mahathir Memorial House



Rumah Kelahiran Tun Mahathir merupakan salah satu bangunan bersejarah di Negeri Kedah dan dikelolakan oleh Jabatan Arkib Negara Malaysia. Ia terletak di Jalan Pegawai, berdekatan lampu isyarat simpang empat Seberang Perak dan bersebelahan Kilang Ais Lama.

Beberapa buah rumah yang diperbuat dari kayu dan berkonsepkan rumah tradisional, dibina di sini dan masing-masing berfungsi sebagai balai pameran, auditorium, surau dll. Beberapa wakaf juga disediakan sebagai tempat berteduh dan merehatkan diri.



Pengunjung boleh menghayati pelbagai barangan dan fakta sejarah yang dipamerkan. Terdapat juga catatan dan gambar-gambar yang menceritakan tentang sejarah keempat-empat bekas Perdana Menteri Malaysia sejak Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri Malaysia Pertama). Barangan-barangan lama yang digunakan oleh Tun Dr Mahathir semasa kecil hingga meningkat dewasa juga dipamerkan kepada pengunjung.

Pelbagai replika dipamerkan di sini antaranya replika tong padi dan sebuah lanca. Tong padi suatu ketika dulu di gunakan sebagai alat untuk mengasingkan padi dari tangkainya. Ia dilakukan dengan cara seberkas tangkai padi dipegang kemudian dihempas dengan kuat pada kayu yang ada dalam tong padi. Dengan cara ini, biji padi akan terlerai dari tangkainya. Lanca pula adalah sejenis alat pengangkutan yang digunakan pada suatu masa dulu.

Selain dari balai pameran, sebuah kilang ais lama yang sudah tidak digunakan juga telah dibaikpulih menjadi muzium. Di dalamnya dipamerkan bagaimana kilang ais itu beroperasi termasuk alatan-alatan yang telah digunakan untuk membuat dan memproses ais suatu ketika dulu. Semasa memasuki kilang, secara automatik skrin tv didalam kilang akan memainkan audio video yang memaparkan sejarah dan bagaimana kilang ais ini beroperasi.

Pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai barang untuk kenangan di sebuah Kedai Cenderamata yang disediakan 


Air Terjun Seri Perigi, Daerah Yan
Seri Perigi Waterfall, Yan Kedah



Terletak 5km dari Pekan Yan atau 35km dari Alor Star. Hutan Lipur ini mempunyai air terjun yang tertinggi di negeri kedah dengan ketinggian melebihi 100 meter. Ia juga dilengkapi dengan kawasan batu dinding bertingkat yang amat sesuai bagi aktiviti lasak dan mencabar.
  

 Taman Rekreasi Sungai Merbok, Sungai Petani
Sungai Merbok Recreation Park, Sungai Petani Kedah



Sungai Merbok adalah sebuah sungai yang terletak di utara bandar Sungai Petani dalam negeri Kedah Darulaman. Dengan kelebaran hampir kurang lebih 1 km disesetengah tempat ia menjadi laluan mudah bagi kapal-kapal layar yang besar dizaman dahulu untuk mudik ke hulu. Sungai ini di kualanya terletak kawasan peranginan Pantai Merdeka di selatan dan Tanjung Dawai di Utaranya. 


 Sungai Sedim Tree Top Walk, Kulim
Tree Top Walk Sungai Sedim, Kulim Kedah



Tree Top Walk di Taman Rekreasi Sungai Sedim, Kulim adalah sepanjang 950 meter merentasi Sungai Sedim dan merupakan sebuah titian yang terpanjang di dunia.



Pelancong dari dalam dan luar negara datang ke sini untuk menikmati pemandangan flora dan fauna yang terdapat di sepanjang titian kanopi ini.



Pengunjung berpeluang melihat pemandangan hutan hujan yang tua ini dari perspektif yang amat berbeza ketika menyusuri Sungai Sedim Tree Top Walk termasuk pemandangan sungai yang mengalir deras, pelbagai spesies tumbuhan dan hidupan liar yang sungguh menawan.



Kesemuanya dapat diterokai dari ketinggian 50 meter dari permukaan tanah. 



Air Terjun Titi Hayun, Daerah Yan
Titi Hayun Waterfall, Yan Kedah



Letaknya 3 km dari Pekan Yan atau 40 km dari Alor Setar. Dihiasi denai-denai hutan sepanjang 1km untuk menuju ke Air Terjun Puteri Mandi yang mempunyai mitosnya yang tersendiri. Antara kemudahan rekreasi yang disediakan untuk pengunjung adalah chalet, surau, gerai makanan, kawasan meletak kenderaan, pondok rehat, dewan terbuka, tandas awam, tempat persalinan dll.







 

6 ulasan:

  1. menarik..walaupun ceq org kedah..tp bnyk lg tempat yg ceq xpenah pi =)
    terima kasih atas perkongsian..

    BalasPadam
  2. salam, saya nak melawat chandi lembah bujang, kalau nak buat lawatan sambil belajar sana boleh cadangkan dengan sapa hendak berjumpa? serta boleh cadangkan tempat-tempat penginapan yang murah?

    BalasPadam
  3. Sedim memang menarik. Tempat menarik di kedah untuk melupakan segala masalah di kota.

    http://www.homestaykulim.net

    BalasPadam
  4. Info yang sangat menarik....tak sabaq nak lawat Kedah...tqvm

    BalasPadam